HomeUtamaTiga projek utama giat dilaksanakan di pedalaman Nabawan

Tiga projek utama giat dilaksanakan di pedalaman Nabawan

Read Time:1 Minute, 13 Second

Nabawan : Tiga projek utama bernilai RM2.5 juta kini giat dilaksanakan di Kampung Salong, Mukim Pagalungan, sebagai sebahagian daripada Projek Kampung Angkat Madani yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanana Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pelaksanakan projek itu antara lain bagi merapatkan lagi jurang pembangunan di kawasan pedalaman.

“Antara projek pembangunan yang dilaksanakan adalah pembinaan pusat jualan dan jeti nelayan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan pembinaan Gerai Agrobazaar di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Selain itu turut dilaksanakan adalah pembinaan jambatan gantung konkrit baharu bagi menggantikan jambatan gantung sedia ada yang menjadi laluan utama penduduk dan para pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Salong.

“Projek ini bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi juga membina harapan baharu. Dengan adanya peluang ekonomi yang lebih baik di kampung sendiri, penduduk, terutamanya generasi muda, tidak lagi perlu berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, kejayaan di Kampung Salong membuktikan bahawa pendekatan holistik melalui kerjasama erat antara kerajaan, masyarakat dan pihak swasta mampu membawa perubahan signifikan kepada kehidupan di kawasan pedalaman.

“Kita percaya bahawa dengan menyediakan infrastruktur asas yang berkualiti, potensi penuh masyarakat setempat dapat dibangunkan secara inklusif dan berdaya saing,” katanya.

Menurutnya, KPKM komited untuk meneruskan usaha ini melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dengan pemantauan berkala bagi memastikan semua projek membawa manfaat berterusan kepada rakyat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sletcher Myranda dinobat Unduk Ngadau Penampang 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular