HomeUtamaPasangan suami isteri warga Perancis ditemukan selamat setelah sesat di RDC

Pasangan suami isteri warga Perancis ditemukan selamat setelah sesat di RDC

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Florieta Diet

SANDAKAN: Pasangan suami isteri warganegara Perancis yang dilaporkan sesat semasa melakukan aktiviti hiking di Rainforest Discovery Centre (RDC), di sini, ditemukan dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada petang tadi (28 April).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jimmy Lagung, berkata mangsa, Santarelli Antolne Pierre, 36, dan isterinya, Girodet Charlene, 36, membuat panggilan kecemasan pada jam 1:24 petang memberitahu bahawa mereka sesat di dalam hutan semasa aktiviti hiking.

“Sebagai respons, BBP Sandakan segera dikerahkan ke lokasi kejadian. Masa jentera bomba sampai di lokasi adalah pada jam 2:04 petang, dan pasukan penyelamat bertindak pantas bergerak ke arah lokasi mangsa, sejauh tujuh kilometer dari pintu masuk RDC, menggunakan jalan darat. Kerjasama juga diberikan oleh pihak Ranger RDC yang turut serta dalam operasi ini.

“Mangsa akhirnya dijumpai pada jam 3:08 petang oleh pasukan Ranger RDC yang menggunakan bot untuk menyelamatkan mereka melalui jalan laut, dengan keadaan kedua-dua mangsa dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Kampung Bambangan menggunakan bot kerana jaraknya hanya dua kilometer, lebih dekat berbanding melalui jalan darat.

“Mereka kemudian dihantar kembali ke RDC menaiki kenderaan Jabatan Perhutanan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya lagi, Kedua-dua mangsa, Santarelli dan Girodet, tidak mengalami kecederaan. Mereka adalah pasangan warganegara Perancis yang sedang bercuti di Sabah.

Seramai 11 anggota terlibat dalam operasi ini,i dengan bantuan Ranger RDC dan pihak berkuasa tempatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sugandoi Kaamatan 2025 bukti prestij semakin meningkat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular