HomeUtamaSAPTT Kukuhkan Peranan Profesional Teknologi di Sabah

SAPTT Kukuhkan Peranan Profesional Teknologi di Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU, – Sabah Association of Professional Technicians and Technologists (SAPTT) terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam menyokong dasar-dasar berkaitan teknologi dan profesionalisme teknologi di negeri ini menerusi penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan 2025 di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu.

Mesyuarat yang dihadiri ahli-ahli dari seluruh Sabah itu dipengerusikan oleh Ir. Ts. Gs. Agus Irawan bin Hasanudin, yang menyeru semua ahli agar terus mengamalkan semangat “Mengukuh Jaringan, Memperkasa Amanah” dalam memperkasa persatuan ke tahap yang lebih cemerlang.

“Segala cadangan, teguran dan idea yang dikongsikan amat kami hargai dan akan diambil serius demi penambahbaikan persatuan kita pada masa akan datang. Komitmen dan sokongan anda semua sangat penting dalam membawa SAPTT ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam ucapan penutup mesyuarat.

Antara pencapaian utama yang dibentangkan pada mesyuarat tersebut ialah pelantikan rasmi SAPTT oleh Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) untuk menggerakkan program MBOT Student Chapter di Sabah bagi tahun 2025. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program Talent Upskilling and Networking for Employment (TUNE), yang bertujuan memperkasa pelajar dalam bidang teknologi dan teknikal serta menyediakan platform untuk memperkukuh bakat mereka bagi keperluan pasaran kerja masa hadapan.

Melalui pelaksanaan program TUNE, SAPTT komited menyantuni golongan mahasiswa menerusi pelbagai aktiviti pembangunan bakat dan jaringan industri, selari dengan usaha negara dalam memperkasa modal insan berkemahiran tinggi.

Penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan 2025 ini sekali lagi membuktikan peranan SAPTT sebagai nadi utama dalam memperkukuhkan jaringan profesional teknologi di Sabah serta memperkasakan amanah membina generasi teknologis berdaya saing.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga anak Pamela Ling dirakam keterangan, siasatan kehilangan masih berjalan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular