HomeSukanJoan Eve ukir kejayaan, layak ke MSSM merentas desa 2025

Joan Eve ukir kejayaan, layak ke MSSM merentas desa 2025

Read Time:1 Minute, 5 Second

Tenom : Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemabong, Joan Eve Dominic dinobatkan sebagai pelari pertama sekolah itu yang layak ke kejohanan merentas desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2025.

Pelajar Tingkatan 1 Dinamik itu mencuri tumpuan apabila menampilkan larian cemerlang dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah (MSS) Daerah Tenom yang berlangsung pada 8 April lalu di SMK Kemabong apabila muncul sebagai Johan Kategori P15. 

Kejayaan itu melayakkan Joan mewakili daerah Tenom ke peringkat negeri di SMK Entilibon, Telupid, di mana beliau sekali lagi menyerlah dengan meraih tempat ke-3 Kategori P15, sekaligus memastikan tempatnya ke kejohanan kebangsaan MSSM di Melaka pada 10 Mei 2025.

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada keluarga dan guru-guru, malah seluruh warga SMK Kemabong, yang buat julung kalinya menyaksikan pelajarnya menembusi pentas sukan peringkat tertinggi sekolah-sekolah di Malaysia.

Ibunya yang mahu dikenali sebagi DC Esther berkata, usaha itu membuktikan bahawa bakat dan semangat tidak mengenal batas selain latihan konsisten dan disiplin tinggi yang mampu mencipta sejarah untuk sekolah.

Joan kini bukan sekadar pelari muda berbakat, tetapi simbol inspirasi kepada generasi pelajar akan datang bahawa apa jua impian mampu digapai dengan usaha dan semangat juang yang tinggi.

Warga Tenom dan SMK Kemabong kini bersatu hati memberi sokongan kepada Joan Eve dalam misinya mengharumkan nama Sabah di pentas MSSM. 

RELATED ARTICLES
Sukan

Atlet muda Sabah sasar pertahan kejuaraan MSSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular