HomeUtamaDBKK laksana SPSS di dua lokasi utama

DBKK laksana SPSS di dua lokasi utama

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mula melaksanakan Sistem Pelupusan Sampah Sendiri (SPSS) di dua kawasan iaitu Jalan Padang dan Lorong Dewan bermula semalam.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, sistem itu adalah bagi membolehkan penduduk dan pengusaha premis melupuskan sampah masing-masing terus ke lori pengutipan mengikut jadual masa yang telah ditetapkan.

Sebagai langkah pemantauan awal, DBKK turut menggerakkan Ops Bersih oleh anggota Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK bagi memastikan kelancaran pelaksanaan SPSS serta memberi penerangan kepada masyarakat setempat.

“Pada peringkat permulaan ini, pendekatan berhemah diambil di mana anggota DBKK akan menegur dan menasihati individu yang masih membuang sampah di luar waktu pelupusan yang ditetapkan. 

“Bagaimanapun, tindakan kompaun akan dikeluarkan sekiranya kesalahan berulang, selaras dengan peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil Anti Litter 1984 (Pindaan 2005),” menurut kenyataan itu di sini.

Justeru, DBKK menyeru semua penduduk dan pengusaha untuk mematuhi jadual pelupusan SPSS selain menghentikan penggunaan rumah sampah yang telah ditutup.

Tambah DBKK, penduduk juga diminta untuk terus memberi kerjasama demi menjayakan usaha mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan kondusif untuk semua.

Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan info semasa dan perkembangan pelaksanaan melalui laman media sosial rasmi, Facebook dan TikTok: KK Bersih dan Hijau. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

Masa Pelupusan Sampah SPSS:

(1) King Park Hotel, Jalan Padang

9.30 pagi – 9.50 pagi

9.30 malam – 9.50 malam

(2) Padang Merdeka, Jalan Padang

10.00 pagi – 10.20 pagi

10.00 malam – 10.20 malam

(3) Dewan Masyarakat KK, Lorong Dewan

10.30 pagi – 10.50 pagi

10.30 malam – 10.50 malam

RELATED ARTICLES
Utama

Geng pecah rumah aktif di Kota Kinabalu tumpas, empat ditahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular