HomeUtamaBeaufort kembali dilanda banjir, satu PPS diaktifkan

Beaufort kembali dilanda banjir, satu PPS diaktifkan

Read Time:34 Second

Kota Kinabalu : Daerah Beaufort kembali diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir hari ini berikutan paras air berada di paras bahaya ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Mohd Nazri Ajun berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 9 pagi tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Beaufort,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu juga, satu  Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.

Nazri berkata, PPS berkenaan diaktifkan setelah pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) telah tidak selamat untuk didiami.– SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Kehadiran pelancong ke Sabah terus meningkat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular