HomeUtamaKecil tapi konsisten, Tamu Marak Parak beroperasi lebih 40 tahun

Kecil tapi konsisten, Tamu Marak Parak beroperasi lebih 40 tahun

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh Alexter Rosalia

KOTA MARUDU: Tamu Marak Parak telah beroperasi lebih empat dekad sejak 1980-an, dan terus konsisten menjadi pusat ekonomi kecil bagi komuniti setempat.

Tamu ini menjadi tumpuan utama penduduk kampung, khususnya petani kecil, untuk menjual hasil pertanian dan barangan buatan tangan mereka bagi menjana pendapatan.

Penulis Sabah Media sempat menemui beberapa penduduk lama yang berkongsi pengalaman mereka mengenai sejarah dan kepentingan tamu tersebut.

Musie Tampanu, 88, yang telah lama berdagang di situ, mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya ketika membantu ibunya berniaga di tamu tersebut.

“Jalan raya dulu hanyalah hutan, bukan macam sekarang. Kadang-kadang hampir tengah hari baru sampai ke tamu walaupun bertolak dari rumah jam 6 pagi,” katanya.

Beliau menambah bahawa ketika tamu itu mula dibuka, tiada kenderaan yang mampu sampai ke kawasan tersebut kecuali basikal tua.

Anaknya, Jaipol Musie, 47, turut berkongsi kenangan yang sama.

“Saya tidak pernah lihat sebuah kereta pun datang ke tamu. Hanya basikal yang ada, berbeza dengan sekarang,” katanya.

Laluan ke tamu itu dahulunya juga merupakan satu-satunya jalan utama bagi penduduk kampung di sekitar mukim Marak Parak untuk ke pekan Kota Marudu.

Latinam Tungal, 79, turut mengingati perjalanan panjangnya ke pekan menggunakan laluan tersebut.

“Saya masih ingat berjalan kaki bersama bapa saya ke Kota Marudu melalui jalan itu,” katanya.

Walaupun berskala kecil, tamu ini kekal relevan hingga kini kerana lokasinya yang strategik dan keperluan penduduk setempat yang jauh dari pusat bandar.

RELATED ARTICLES
Utama

Setiap langkah bersama Navdeep – Simran Jaryal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular