HomeUtama695 mangsa banjir masih berlindung di PPS

695 mangsa banjir masih berlindung di PPS

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu :  Seramai 695 penduduk daripada 217 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan bencana banjir yang melanda dua daerah di Sabah, iaitu Sook dan Beaufort setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak empat PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir dari 19 kampung terjejas.

Daerah Sook mencatatkan 103 ketua isi rumah (KIR) melibatkan 325 orang mangsa yang kini ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 dan Dewan Kampung Ansip Tengah.

PPS ini telah dibuka masing-masing pada 2 Mei lalu.

Sementara itu, Beaufort menempatkan 370 mangsa daripada 114 KIR di dua PPS iaitu di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon yang dibuka pada 3 Mei dan Dewan Resedensi Prima Woorford Estate yang dibuka pada 4 Mei.

Semua PPS dilaporkan masih beroperasi bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terus terjaga.

Pihak berkuasa masih memantau keadaan cuaca dan aras air sungai dari semasa ke semasa serta menyeru orang awam di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji ucap takziah kepada keluarga Tun Ahmadshah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular