HomeUtamaEmelka Ryner dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan Putrajaya 2025

Emelka Ryner dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan Putrajaya 2025

Read Time:1 Minute, 5 Second

Putrajaya : Emelka Ryner berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Putrajaya 2025, yang berlangsung di sini, di Cyber Event Hall, Cyberjaya pada Ahad lalu.

Kemenangan itu membolehkan Emelka mewakili Putrajaya ke Pertandingan UNK Peringkat Kebangsaan di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang yang diadakan selama dua hari bermula 30 Mei ini.

Emelka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7,000, tiket penerbangan bernilai RM1,000, tiara, trofi, sash, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan yang lain.

Sementara itu, tempat kedua berjaya dimenangi Wendey Merrylen Jasmin yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan.

Manakala tempat ketiga dimenangi Rachel Justin yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM4,000, trofi, jambangan bunga serta hadiah iringan lain.

Tempat keempat dimenangi Christine Dionysius, diikuti Alendra Alixsius (kelima); Eviette Larissa Saulim (Keenam); Elcaseyh Limpuong (juga penerima anugerah Miss Health and Wellness by Kenny Rogers Roasters) menduduki tempat ketujuh.

Bagi pemenang Tati Topiodo pula dimenangi Veena Alnysticha Irwan dan Tati Tosuau dimenangi Shannen Gaille Steve Primus.

Pertandingan Unduk Ngadau KDCA Putrajaya merupakan acara tahunan yang diraikan sempena Pesta Kaamatan dan terus menjadi platform penting bagi memperkasakan wanita melalui budaya dan identiti etnik Sabah.

Terdahulu, Sambutan Pesta Kaamatan anjuran KDCA Putrajaya itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick. – SABAH MEDIA / FOTO KDCA PUTRAJAYA

RELATED ARTICLES
Utama

Warga China didenda kerana langgar syarat pas lawatan sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular