HomeUtamaMonsun Barat Daya bermula Sabtu ini, risiko jerebu meningkat

Monsun Barat Daya bermula Sabtu ini, risiko jerebu meningkat

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengumumkan musim Monsun Barat Daya dijangka akan bermula mulai Sabtu ini dan akan berterusan sehingga September depan berikutan keadaan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke negara ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, sepanjang musim itu, kadar kelembapan udara adalah rendah menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan dikebanyakan tempat. 

Sehubungan itu katanya, negara akan menerima jumlah hujan yang lebih rendah berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan adalah lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

“Walau bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah, terutamanya pada awal pagi berikutan kehadiran fenomena garis badai (squall line).

“Ia merupakan barisan ribut petir yang terbentuk akibat daripada penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam. 

“Semasa kemuncak musim ini pada Julai hingga September, fenomena jerebu setempat dan rentas sempadan boleh berlaku sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru itu, pihaknya meminta orang ramai untuk mengelak dari sebarang pembakaran terbuka bagi mengurangkan bencana jerebu yang akan mencemarkan alam sekitar Negara. 

“Orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini,” katanya.

Sila dapatkan maklumat cuaca terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan serta menghubungi talian Hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Warisan Silap Sasaran Isu Subsidi LPG, Kata Setiausaha Politik Ketua Menteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular