HomeUtama850 pokok bakau ditanam di kawasan tanah lembab KKIP

850 pokok bakau ditanam di kawasan tanah lembab KKIP

Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Sebanyak 850 pokok bakau telah ditanam di kawasan tanah lembab Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) sejak Disember 2022 sebagai usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

Josie bergambar bersama yang hadir dalam sebelum aktiviti menanam bermula.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Josie Lai berkata,, pelbagai isu alam sekitar seperti perubahan iklim, pencemaran dan kehilangan biodiversiti memberi kesan langsung kepada manusia dan sumber semula jadi. Justeru itu, program seperti penanaman pokok bakau sangat signifikan kerana hutan paya bakau bukan sahaja menjadi habitat penting ekosistem marin, tetapi juga bertindak sebagai penyerap karbon yang efektif.

“Kerajaan negeri komited memastikan pembangunan di Sabah menitikberatkan aspek kelestarian alam sekitar melalui pelbagai dasar termasuk Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah 2017. Ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan, NGO dan sektor swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penanaman Pokok Bakau Sempena Sambutan Hari Bumi 2025 di Skim Penempatan Semula Fasa 1 di  KKIP. Pada majlis itu, sebanyak 350 anak pokok ditanam oleh seramai seratus peserta daripada 40 organisasi merangkumi agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak industri, sekolah dan komuniti setempat.

Josie turut menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan inisiatif seperti Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI), serta amalan pengurusan kendiri alam sekitar (Environmental Self-Regulation – ESR) oleh pihak industri.

Tanbahnya lagi, dalam usaha memperkukuhkan pengurusan alam sekitar di KKIP, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS) dan KKIP Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2022. Kerjasama ini merangkumi pelaksanaan program kesedaran, latihan pengurusan alam sekitar dan pematuhan syarat alam sekitar oleh syarikat di kawasan berkenaan.

Program hari ini merupakan kesinambungan daripada Program Kesedaran Alam Sekitar Sungai Telipok yang dilaksanakan pada 2023 dan 2024, dan bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti, agensi dan pihak industri sekitar KKIP.

“Menjaga alam sekitar bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata, sebaliknya ia memerlukan komitmen bersama daripada semua pihak,” kata Josie, sambil menyeru agar kerjasama seperti ini terus diperkukuh demi kesejahteraan alam sekitar di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

141 pasukan bersaing dalam Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS ke-10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular