HomeEkonomiTawau dipilih tuan rumah PMR, beri peluang ramai usahawan Pantai Timur Sabah...

Tawau dipilih tuan rumah PMR, beri peluang ramai usahawan Pantai Timur Sabah meluaskan perniagaan

Read Time:54 Second

Oleh Siti Azizah Talata

TAWAU: Pemillihan daerah Tawau sebagai tuan rumah Program Madani Rakyat (PMR) dapat memberi peluang kepada lebih ramai usahawan tempatan khususnya di kawasan {Pantai Timur Sabah) meluaskan perniagaan mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata langkah kerajaan itu juga sejajar dengan iltizam untuk menghapuskan. kemiskinan di negeri ini.

“Fokus kerajaan melaksanakan PMR adalah sebagai usaha menangani kemiskinan di Sabah. Kita mahu PMR ini menjadi slaah satu platform ke arah jalan penyelesaian bagi mengatasi isu kemiskinan.

“Menerusi program PMR ini kita menjemput usahawan- usahawan dan syarikat-syarikat mempamerkan dan menjual produk mereka secara langsung kepada orang ramai.

“Selain itu, kita juga membuat padanan perniagaan dan perkhidmatan agensi-agensi terlibat dalam pembangunan keusahawan, pemberian pembiayaan, geran, latihan dan akses kepada usahawan kerana kita percaya dengan mendukung para usahawan ini, kita boleh menjana peluang pekerjaan untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahuu, beliau mengadakan walk-about sempena Program Madani Rakyat di Datatan Majlis Perbandaran Tawau.

Sepanjang tiga hari PMR kali ini turut diadakan sempena adalah program pengisian maklumat Pocket Talk kepada pengunjung.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga anak Pamela Ling dirakam keterangan, siasatan kehilangan masih berjalan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular