HomeUtamaHaward Elish ungguli Sugandoi Sandakan, bawa pulang RM3,000

Haward Elish ungguli Sugandoi Sandakan, bawa pulang RM3,000

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh J. Evachel John

SANDAKAN: Sorakan bergema di Dewan Masyarakat Sandakan apabila Haward Elish Anggin dinobatkan juara kategori terbuka Sugandoi Kaamatan Sandakan 2025, menewaskan sembilan finalis dalam persaingan sengit.

Dengan vokal mantap dan penyampaian penuh emosi menerusi lagu wajib ‘Samod dit Ondu’ serta medley lagu pilihan ‘Nunuk Ragang’ dan ‘Rumandawiku’, Haward berjaya memikat hati juri.

Kemenangan itu melayakkan Haward yang berasal dari daerah Inanam membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM3,000, trofi, sijil dan hadiah iringan, Sabtu lalu.

Tempat kedua dimenangi oleh Dellouvah Hewailee Roddy yang membawa pulang RM2,000, manakala tempat ketiga disandang oleh A Fadle Patrick yang menerima RM1,000. Kedua-dua pemenang turut menerima trofi, sijil dan hadiah iringan.

Fadle turut dinobatkan sebagai Peserta Popular, hasil undian penonton, dan menerima hadiah wang tunai RM500 bagi anugerah tersebut.

Jerlyn Joan Jenius pula menerima Anugerah Persembahan Terbaik, membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, sebagai pengiktirafan terhadap persembahannya yang dinilai paling menyerlah malam itu.

Bagi kategori Sugandoi Dazanak, Mickglyee Rothrex Petrus dinobatkan sebagai juara, diikuti Coby Matthew Luis di tempat kedua dan Adriyellson Aldrin di tempat ketiga.

TAHNIAH… Para pemenang kategori Sugandoi Dazanak.

Mereka masing-masing membawa pulang RM1,000, RM800 dan RM500, lengkap dengan trofi, sijil dan hadiah iringan.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, yang turut merasmikan acara tersebut.

Turut hadir, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson Tamat dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sugandoi daerah Sandakan 2025, Rhina Madais.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular