HomeUtamaSebarang keputusan berhubung PRN akan dirujuk AMT GRS - Hajiji

Sebarang keputusan berhubung PRN akan dirujuk AMT GRS – Hajiji

Read Time:57 Second


Kunak : Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa sebarang keputusan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang akan dirujuk kepada Ahli Majlis Tertinggi GRS.

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata, langkah itu penting bagi menjamin kestabilan politik dan mencerminkan pandangan gabungan secara menyeluruh.

Katanya, kerjasama politik antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini berjalan lancar tanpa sebarang isu. 

“Kerajaan negeri ketika ini adalah hasil kerjasama GRS dan PH dan setakat ini tiada sebarang masalah timbul.

“Kita hormat pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan komited untuk mewujudkan suasana politik yang stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah Kunak di sini hari ini.

Hajiji turut menekankan komitmen kerajaan negeri untuk mewujudkan suasana politik stabil demi pembangunan berterusan.

Namun begitu, beliau turut menekankan keperluan untuk Kerajaan Persekutuan memahami dan mengiktiraf sentimen serta aspirasi rakyat tempatan Sabah dalam membentuk kerjasama politik yang lebih matang dan progresif.

“Saya ingin tekankan kepada Perdana Menteri bahawa realiti politik di Sabah harus dilihat dari lensa rakyat tempatan sendiri. 

“Kita perlukan satu persefahaman dan persembahan politik yang mencerminkan kemajuan serta kehendak rakyat Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular