HomeSukanKristjan Chapman, Hasnita Asis rangkul kejuaraan maraton 42KM BIM 2025

Kristjan Chapman, Hasnita Asis rangkul kejuaraan maraton 42KM BIM 2025

Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Pelari Iceland, Kristjan Chapman dan pelari tempatan Hasnita Asis berjaya dinobatkan sebagai juara kategori Terbuka Lelaki dan Wanita bagi acara maraton 42km dalam Alliance Bank Borneo International Marathon (BIM) di Likas, semalam.

Kejayaan kedua-dua pelari itu turut diraikan sempena ulang tahun ke -15 penganjuran sukan tempatan terbesar dan paling lama di Borneo.

Kemenangan Chapman turut mendapat saingan sengit dari peserta Malaysia, Mohd Ikmal Sahdan dalam perlumbaan Maraton Penuh Terbuka Lelaki.

Pelari tempatan Hasnita Asis menjuarai kategori Terbuka wanita

Chapman mencatat masa cemerlang 2 jam 56 minit 26 saat (2:56.26), hanya mendahului Ikmal yang tiba di garisan penamat di Stadium Likas kurang seminit kemudian dengan catatan 2:57.25.

Bintang muda Sabah, Oswald Maikol, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 3:00.40.

Dalam kategori Terbuka Wanita, Hasnita dari Tawau mengharumkan nama Sabah apabila mengatasi dua pelari dari China – Ririko Nishiki dan Li Wen Jing – untuk muncul juara.

Hasnita mencatat masa 3:49.11, sekali gus merangkul gelaran pertamanya dalam BIM selepas menduduki tempat ketiga pada 2023 dan keempat pada 2024. Ririko dan Li masing-masing mencatat masa 3:56.54 dan 4:05.18.

Chapman dan Hasnita menerima hadiah daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Kellee Kam Chee Khiong.

Sementara itu, pelari Ono dari Jepun Yoshiyuki Ono dan Lee Siok Chin dari Malaysia menjadi pelari terpantas dalam kategori 42km Veteran Lelaki dan Wanita dengan masa 2:52.44 dan 3:18.38.

Bagi acara Separuh Maraton (21km), pelari Brunei, Ruzaini Mahadi, menjuarai kategori Terbuka Lelaki dengan catatan masa 1:14.36, diikuti Najib Mooiz dari Singapura (1:17.26) dan peserta tempatan, Romieo Mieo (1:20.27).

Goh Shing Ling pula memenangi kategori Terbuka Wanita Separuh Maraton dengan catatan masa 1:23.33. Lee Shu Ting (1:40.08) dan Bong Siat Nyuk (1:44.14), kedua-duanya dari Malaysia, masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

BIM tahun ini merangkumi kategori Maraton Penuh dan Separuh Maraton melibatkan perlumbaan Terbuka, Veteran, dan Veteran Senior untuk lelaki dan wanita. Bagi kategori 10km pula, ia membabitkan perlumbaan Junior, Terbuka dan Veteran lelaki dan wanita.

Secara keseluruhan, lebih 8,000 peserta menyertai BIM kali ini.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Barisan Jawatankuasa Baharu dilantik untuk Kelab Penyokong Rasmi MU Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular