HomeUtamaKetua Adat agen perubahan komuniti

Ketua Adat agen perubahan komuniti

Read Time:1 Minute, 33 Second

Membakut : Penganjuran Kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang Siri 3/2025  yang diadakan di daerah ini baru-baru ini menjadi satu usaha strategik dalam membentuk kepimpinan adat yang lebih progresif dan relevan dengan cabaran semasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ketua adat di negeri ini juga diharap dapat berperanan sebagai agen perubahan yang mampu memacu kemajuan dan keharmonian komuniti. 

“Sudah pasti yang kita harapkan ialah mereka mendapat pencerahan yang terkini berhubung dengan usaha-usaha untuk memperkasa Mahmakah Anak Negeri (MAN) dan jawatankuasa yang terlibat ini sangat penting. 

“Mereka jelajah seluruh negeri Sabah, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada mereka  kerana memberikan kefahaman dan usaha untuk memperkasak lagi MAN di daerah-daerah. 

“Ini usaha yang sangat bagus dan saya yakin dapat memberikan impak yang baik kepada pimpinan masyarakat di daerah ketua anak negeri, wakil ketua negeri, ketua-ketua kampung dan mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang Siri 3/2025  di Dewan Kesenian Islam Membakut.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, kursus ini bukan sekadar latihan, tetapi satu usaha strategik dalam membentuk kepimpinan adat yang lebih progresif dan relevan dengan cabaran semasa.

Katanya, peranan ketua adat kini menuntut pendekatan lebih dinamik serta penguasaan terhadap ilmu pentadbiran, undang-undang, komunikasi dan teknologi seiring dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memperkukuh tadbir urus masyarakat luar bandar secara holistik dan mampan.

Kursus anjuran Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah melalui Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) itu disifatkan sebagai medan terbaik untuk memperkasa ketua-ketua adat dalam memahami keperluan semasa tanpa mengabaikan khazanah budaya yang diwarisi.

Beliau menyeru agar seluruh ketua adat di negeri ini terus memperjuangkan kelestarian adat resam serta memperkukuh institusi adat agar terus utuh dan dihormati oleh generasi akan datang.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular