HomeUtamaSetiap langkah bersama Navdeep - Simran Jaryal

Setiap langkah bersama Navdeep – Simran Jaryal

Read Time:1 Minute, 24 Second

Ranau : Seorang kakak kepada pendaki muda yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 2015, Simran Jaryal berjaya menamatkan pendakian ke puncak  bagi mewakili adiknya mendiang Navdeep Singh.

Simran berkata, kejayaan itu bukanlah sekadar pencapaian peribadi, tetapi sebuah penghormatan penuh kasih kepada adik lelakinya yang terkorban dalam tragedi itu yang meragut nyawa 18 orang termasuk pelajar dan guru dari Singapura.

“Saya ingin berkongsi pengalaman saya menamatkan pendakian ini bagi pihak adik saya.  Mencapai puncak Gunung Kinabalu merupakan salah satu pengalaman paling emosional dalam hidup saya. 

“Ia adalah pendakian yang penuh dengan cabaran fizikal, renungan yang mendalam, dan kasih sayang yang luar biasa. Setiap langkah yang saya ambil, saya membawa bersama kenangan tentang adik saya, Navdeep dan gelak tawanya, keberaniannya, dan semangatnya yang tidak pernah goyah,” katanya.

Perkongsian itu dimuatnaik menerusi hantaran yang dikemaskini di Facebook Mount Kinabalu pada Jumaat.

Katanya, adiknya adalah seorang budak yang nakal dan lucu dan orang yang boleh menceriakan suasana hanya dengan senyuman atau komen yang penuh jenaka.

Menurtnya lagi, adiknya sangat bangga kerana telah terpilih untuk ekspedisi Gunung Kinabalu pada tahun 2015, dan dia berlatih dengan penuh dedikasi dan keazaman.

“Walaupun dia tidak berkesempatan untuk sampai ke puncak sendiri, kehadirannya sentiasa terasa sepanjang perjalanan saya.

“Pendakian ini bukan hanya untuk saya, ia adalah untuk Navdeep dan rakan-rakannya. Saya merasai tenaganya dalam udara gunung, dalam kata-kata semangat dari mereka yang mendaki bersama saya, dan dalam detik-detik sepi ketika laluan menjadi curam dan semangat saya hampir luntur.

“Keluarga dan rakan-rakan yang mengenali dan menyayanginya memberi sokongan dan kekuatan mereka, mengingatkan saya bahawa kesedihan dan kasih sayang sering berjalan seiring,” katanya lagi. – SABAH MEDIA / FOTO MOUNT KINABALU

RELATED ARTICLES
Utama

Dua cedera melecur dalam kebakaran lori bawa tong gas di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular