Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah mengeluarkan tiga kompaun dalam satu operasi ke atas premis hiburan awam sekitar bandaraya Kota Kinabalu di sini Jumaat lalu.

Operasi itu menyasarkan kepada premis yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dan menjalankan perniagaan dengan lesen tamat tempoh.
DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah kompaun yang dikeluarkan, dua kompaun adalah di atas kesalahan Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 iaitu menjalankan perniagaan hiburan awam.
Manakala satu kompaun Seksyen 3 UUK Pub and Bar Lounge By Law 1984 telah dikeluarkan, di atas kesalahan menjalankan perniagaan pub dan bar lounge dengan lesen tamat tempoh.
“DBKK memandang serius kesalahan ini dan akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa, bagi memastikan premis-premis hiburan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu sentiasa mematuhi keperluan undang-undang yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu di sini. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK