HomeUtamaHajiji temui pempengaruh, dengar pandangan, permintaan dan keperluan mereka

Hajiji temui pempengaruh, dengar pandangan, permintaan dan keperluan mereka

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengambil peluang beramah mesra dan mendengar permintaan serta keperluan pempengaruh di negeri ini sempena program Santai Ketua Menteri Bersama Pempengaruh Sabah 2025 di North Borneo Cruise, di sini pada Ahad.

Sempena program itu, beberapa pempengaruh berpeluang menyampaikan pandangan dan aspirasi golongan itu bagi mengangkat peranan mereka secara lebih signifikan di negeri ini.


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika hadir pada Program Santai YAB Ketua Menteri Bersama Pempengaruh Sabah 2025 di North Borneo Cruise, Kota Kinabalu pada Ahad.

Antara yang dibangkitkan ialah cadangan penubuhan entiti yang bertanggungjawab menjaga dan menyelaras gerak kerja dalam kalangan pengkarya seni di negeri ini bagi mengangkat produk dan karya seni tempatan, selain inisiatif yang disediakan bagi membantu pempengaruh khususnya dalam bidang keusahawanan.

Dalam maklum balasnya, Hajiji berkata, kerajaan negeri sentiasa melihat keperluan rakyat termasuk golongan seni dan pempengaruh bagi sama-sama membangun negeri mengikut kapasiti masing-masing.

Katanya, keperluan serta permintaan golongan pengkarya dan pempengaruh akan terus mendapat perhatian kerajaan negeri bagi mengangkat hasil karya mereka sekali gus memartabat industri seni di Sabah.

Progran anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri Sabah ituvmenghimpunkan lebih 70 orang pempengaruh terkenal, sebagai usaha berterusan untuk mendekatkan dan menyemarakkan lagi kebersamaan di antara keraaan dan rakyat di negeri ini.

Hadir sama Pengarah IKRAR, Jabatan Ketua Menteri Azrul Ibrahim. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular