HomeUtamaHaliburton, Kumpulan DPI kerjasama dengan syarikat tempatan

Haliburton, Kumpulan DPI kerjasama dengan syarikat tempatan

Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Dua syarikat perkhidmatan minyak dan gas antarabangsa, Halliburton dan Kumpulan DPI telah bekerjasama dengan syarikat tempatan, Jalinan Enigma Sdn Bhd untuk menawarkan penyelesaian bagi sektor minyak dan gas di negeri ini.

Delegasi dari ketiga-tiga syarikat, yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan Halliburton Asia Pasifik, Martin White memaklumkan perkara ini kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam pertemuan di Menara Kinabalu hari ini.

Mereka juga memaklumkan kepada Ketua Menteri mengenai skop kerja yang merangkumi intervensi, pengurusan pasir dan air untuk meningkatkan pengeluaran telaga.

Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Pengarah Urusan DPI Group, KY Doucet dan Pengerusi Jalinan  Enigma, Yong  Khen  San serta  pengarah-pengarahnya, Kurunsikumaran, Abdul Fatakh Othman dan Clive Jublee. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua cedera melecur dalam kebakaran lori bawa tong gas di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular