HomeUtamaJenazah Allahyarham Tun Ahmadshah selamat dikebumikan

Jenazah Allahyarham Tun Ahmadshah selamat dikebumikan

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Jenazah Allahyarham Tun Ahmadshah Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Inanam Laut dekat sini, pada jam 2.08 petang.

Jenazah yang tiba di tanah perkuburan kemudian diusung oleh pasukan pegawai pengusung Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke liang lahat dan bacaan Talqin disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Suhaidi Kuanting.

Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara isteri, Allahyarhamah Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar yang meninggal dunia pada tahun 2020.

Allahyarham Tun Ahmadshah menjawat jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah yang kesembilan mulai 1 Januari 1995 hingga 31 Disember 2002 dan sempat berkhidmat bersama Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Chong Kah Kiat dan Tun Musa Aman.

Turut hadir menghadiri upacara pengebumian ialah Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan Sabah Peto Galim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu Aziz @ Jaafar, waris, kenalan serta mantan kakitangan yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Allahyarham.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular