HomeUtamaKakak tangguh, tiga beradik teruskan impian arwah bapa

Kakak tangguh, tiga beradik teruskan impian arwah bapa

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : “Mulanya kami akan pergi berempat, tapi kakak sulung saya terpaksa menangguhkan hasrat untuk menunaikan haji kerana disahkan hamil sebulan selepas menerima tawaran haji,” kata Sumiyana Mohd Syukur,30.

Sumiyana bersama dua lagi adiknya Umy Kalsum,29, dan Asmaria,26, adalah antara 141 bakal jemaah haji Sabah bagi kumpulan terakhir berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan khas KT65S dari Lapangan Terbangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Anak kedua dari empat beradik itu berkata, kesemua mereka termasuk kakaknya telah didaftarkan oleh Allahyarham bapanya di Tabung Haji (TH) dengan simpanan permulaan sebanyak RM5,000 setiap seorang.

“Arwah bapa saya telah mendaftarkan kami semua empat orang Lembaga Tabung Haji seawal tahun 2009, dengan memasukkan sejumlah RM5,000 sebagai permulaan simpanan. 

“Sejak itu, kami meneruskan simpanan sedikit demi sedikit, dibantu dividen tahunan sehingga akhirnya kami semua menerima tawaran serentak hujung 2024 yang lalu.

“Namun kami agak sedih juga bila kakak kami tidak dapat ikut. Sebulan lepas dapat tawaran, dia tahu dia mengandung. Dia sendiri pun sedih sangat, sebab ini memang impian kami arwah bapa dari dulu mahu tengok kami semua pergi Haji sama-sama,” katanya.

Selain menunaikan haji bersama dua lagi adiknya, Sumiyana berkata, suaminya Norziman Saidid,31, bersama adik iparnya Ridwan Abdul Muing,32, turut sama menemani mereka sebagai mahram.

Katanya, pasangan masing-masing turut diberi kelulusan sebagai mahram selepas rayuan diluluskan oleh TH. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular