HomeUtamaLebih 1,000 hadir beri penghormatan terakhir kepada Tun Ahmadshah Abdullah

Lebih 1,000 hadir beri penghormatan terakhir kepada Tun Ahmadshah Abdullah

Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Lebih 1,000 orang jemaah termasuk waris, ahli keluarga dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Allahyarham Tun Ahmadshah Abdullah di Masjid Negeri di sini pagi tadi.

Hadir sama memberi penghormatan terakhir adalah bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-10 Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Negeri kira-kira jam 10 pagi untuk dimandikan sebelum dibawa ke ruang legar Masjid Negeri untuk penghormatan terakhir kepada jemaah dan kenalan sebelum disembahyangkan selepas solat zohor.

Solat jenazah diimamkan Mufti Negeri Sabah Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar.

Sejurus selesai disembahyangkan, jenazah Allahyarham dibawa Tanah Perkuburan Orang-Orang Bajau Kampung Inanam Laut untuk disemadikan.

Semalam, Allahyarham Tun Ahmadshah disahkan meninggal dunia pada jam 8.45 malam semalam di sebuah hospital swasta di sini.

Berikutan itu, Kerajaan negeri mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama satu hari dan bendera negeri Sabah dikibarkan separuh tiang selama tempoh tersebut. 

Tun Ahmadshah dilahirkan pada 9 Disember 1946 dan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah dari tahun 2003 hingga 2010.

Sebelum itu, Ahmadshah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum bersara pada Disember 2002. 

Allahyarham juga pernah memegang jawatan lain antaranya Pengarah Perjawatan Negeri Sabah, Ketua (Bahagian Hal Ehwal Dalaman dan Penyelidikan) Jabatan Ketua Menteri Sabah serta Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Inanam, di sini pada 9 Disember 1946 meninggalkan empat anak manakala isterinya, Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar meninggal dunia pada 2020. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular