HomeUtamaKerajaan komited tangani isu dihadapi golongan belia

Kerajaan komited tangani isu dihadapi golongan belia

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan komited untuk terus menangani isu yang memberi kesan langsung kepada golongan belia di negeri ini termasuk bekalan air, pendidikan dan peluang pekerjaan.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun memberi jaminan itu pada forum dialog terbuka bertajuk ‘Destinasi SMJ Anak Muda 2.0’ di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Sabtu.

“Kami mendengar. Kebimbangan anak muda,  sama ada isu air, pendidikan mahupun peluang pekerjaan, tidak dipandang ringan. Kerajaan komited untuk mencari penyelesaian yang nyata dan berkesan.

“Tenaga dan idea yang dikongsi hari ini mengukuhkan keyakinan saya bahawa Sabah berada di landasan yang betul. Anak muda bukan sekadar pemimpin masa depan dan  mereka sudah memainkan peranan penting hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Forum anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri itu disertai lebih 500 pelajar UMS.

Program yang menyediakan platform kepada para pelajar untuk menyuarakan pandangan, berkongsi idea serta memahami dasar dan perancangan pembangunan Kerajaan Negeri itu dikendalikan Pengarah IKRAR, Azrul Ibrahim sebagai moderator forum.

Selain itu, forum itu turut membincangkan pelbagai isu termasuk penyelesaian bekalan air di UMS, hala tuju ekonomi Sabah, kebajikan pelajar dan pasaran pekerjaan.

Dalam pada itu, Masidi turut menggalakkan golongan muda Sabah agar terus cakna, terlibat dan memainkan peranan dalam membentuk masa depan negeri.

Sesi ini mendapat sambutan positif dengan ramai pelajar menyatakan penghargaan atas peluang berdialog secara langsung bersama ahli Jemaah Menteri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular