HomeUtamaKekalkan GRS demi kestabilan, masa depan rakyat

Kekalkan GRS demi kestabilan, masa depan rakyat

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) wajar dikekalkan selepas Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) bagi menjamin kesinambungan usaha menyelesaikan isu-isu utama yang membelenggu rakyat.

Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Razali Razi berkata, meskipun masih terdapat isu belum selesai seperti masalah bekalan air, kerajaan sedia ada tidak berdiam diri.

Namun katanya, Kerajaan terus melaksanakan tindakan bersasar berlandaskan perancangan jangka pendek dan panjang.

“Memang kita mengakui perkara itu, kita tidak menafikannya, memang ada. Tapi, apa yang kita lihat, kerajaan mengambil tindakan. Bukan kita tidak mengambil tindakan dan kita tahu masalah-masalah ini memang wujud. 

“Tapi, kalau kita lihat banyak perkara yang telah kerajaan buat. Tapi benda ini, orang cakap bukan dalam tempoh beberapa bulan boleh selesai, ia ada perancangan jangka pendek dan panjang.

“Jadi, apa yang kita perlukan ialah kestabilan. Kerajaan ada perancangan, jadi kita perlu kekalkan momentum itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Jelajah Darau D’Hati dan Majlis Penyerahan Watikah JKKK bagi kawaaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, di Kampung Warisan, Inanam di sini pada Ahad.

Razali yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Darau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap tindakan parti lawan yang membangkitkan pelbagai isu seperti air yang dihadapi rakyat, khususnya di sekitar Parlimen Sepanggar.

Menurutnya, menukar kerajaan tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi, sebaliknya melambatkan lagi proses mengatasi masalah berikutan perubahan dasar kerajaan baharu.

“Kalau kita kerap menukar kerajaan, pentadbiran akan datang akan membuat dasar yang baharu, jadi dasar yang sedia ada ditukar atau dipinda.

“Jadi, kesannya nanti akan ditanggung rakyat. Sebab itu kita perlukan kesinambungan kerana kesinambungan usaha kerajaan itu sangat penting,” katanya.

Tambahnya lagi, GRS memiliki hala tuju jelas yang didokumentasikan, bukan sekadar retorik. 

Justeru, katanya, mengekalkan kerajaan yang ada adalah langkah terbaik demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua cedera melecur dalam kebakaran lori bawa tong gas di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular