HomeUtamaKaamatan platform perpaduan, penyatuan rakyat Sabah

Kaamatan platform perpaduan, penyatuan rakyat Sabah

Read Time:1 Minute, 7 Second

Membakut : Sambutan Pesta Kaamatan peringkat Membakut bukan sekadar perayaan budaya, tetapi simbol penyatuan rakyat Sabah dari pelbagai kaum, agama dan latar belakang dalam membina masa depan negeri yang lebih gemilang.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana atas kejayaan menganjurkan program yang dilihat selari dengan tema Kaamatan tahun ini iaitu ‘Kaamatan Untuk Semua’.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa penganjur. Mudah-mudahan program ini menjadi wadah memperkasa semangat Kaamatan yang inklusif,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan itu di sini pada Ahad.

Tambah beliau, tema tahun ini membawa makna yang mendalam kerana ia menegaskan bahawa Kaamatan bukan milik satu-satu kaum sahaja, tetapi perayaan bersama seluruh rakyat Sabah, sebagaimana sambutan perayaan lain yang diraikan bersama.

“Inilah keunikan Sabah, di mana semua kaum dan agama menyambut setiap perayaan dengan semangat perpaduan. Kaamatan adalah milik kita bersama,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa sambutan ini juga menyerlahkan peranan rakyat Sabah dalam memperkukuh kekuatan negeri menerusi kerjasama lintas kaum, politik dan sektor profesional.

“Kaamatan Untuk Semua bukan hanya slogan, tetapi satu panggilan untuk kita bersatu, membangun negeri ini secara bersama demi kesejahteraan seluruh rakyat Sabah,” katanya.

Sambutan kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan, persembahan seni, dan pertandingan tradisional yang melibatkan penyertaan pelbagai komuniti setempat, mencerminkan semangat inklusif yang menjadi teras sambutan Kaamatan tahun ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular