HomeUtama3 lelaki warga tempatan ditahan dalam serbuan sabung ayam di Penampang

3 lelaki warga tempatan ditahan dalam serbuan sabung ayam di Penampang

Read Time:52 Second

PENAMPANG: Tiga lelaki warga tempatan berusia antara 64 hingga 74 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian sabung ayam di Kampung Sarapung Kolopis, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sekitar jam 4.30 petang pada 25 Mei hasil maklumat awam.

“Pasukan polis menyerbu lokasi yang dijadikan kawasan bebas bagi menjalankan aktiviti sabung ayam dan berjaya menahan tiga individu, manakala beberapa yang lain melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam operasi yang dijalankan di bawah Ops Dadu itu, polis turut merampas empat ekor ayam hidup, tiga unit sangkar ayam, satu gelanggang sabung ayam dan wang tunai berjumlah RM319.

Kesemua suspek dan barangan rampasan telah dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara jika disabitkan kesalahan.

Polis menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah termasuk perjudian dan penganiayaan haiwan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti terus terpelihara.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular