Putatan : Pasukan Futsal Sabah FA mencipta detik bersejarah apabila buat julung kalinya beraksi di Dewan Sri Putatan yang menjadi gelanggang rasmi pasukan itu pada saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1.
Pada perlawanan itu, Sabah FA menewaskan TOT United dengan keputusan penuh 3-2 dalam satu perlawanan mendebarkan.
Sabah membuka tirai jaringan pada minit ke-14 menerusi rembatan kencang pemain import, Vitor Manoel Da Silva, sebelum pemain sama menggandakan kelebihan pada minit ke-7.

TOT United cuba bangkit di babak kedua dan memperoleh gol menerusi ‘set piece’ sepakan percuma daripada Mohamad Sufri Shamil pada minit ke-4 separuh masa kedua.
Namun Sabah pantas membalas jaringan menerusi Igor Paulo Silva hanya seminit selepas itu, mengembalikan kelebihan 3 gol buat tuan rumah.
TOT United tidak berputus asa dan terus memberi tekanan sebelum Muhammad Nurasyraaf menjaringkan gol kedua mereka seminit sebelum tamat perlawanan.

Kelebihan 3-2 memadai untuk Sabah FA mengesahkan kemenangan bersejarah di laman sendiri.
Hadir sama menyaksikan perlawanan ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Pengerusi Futsal dan Bola Sepak Pantai SAFA, Muhd Rafiuddin Gulistan.
Sabah FA kini berada di tangga ke-4 setelah menewaskan TOT United, bagi perlawanan seterusnya, Sabah FA akan menentang KL City FC pada 31 Mei di Dewan Sri Putatan. – SABAH MEDIA