oleh – Wan Azrain Adnan
Agenda Ekonomi MADANI terus mencatat kejayaan signifikan, terutamanya dalam pengukuhan kedudukan fiskal negara. Laporan Ekonomi Malaysia bagi Suku Pertama 2025 yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai prestasi ekonomi semasa.
Laporan tersebut menonjolkan penurunan defisit fiskal sebanyak 17% kepada RM21.9 bilion, berbanding RM26.4 bilion pada suku yang sama tahun lalu.
Ini hasil daripada peningkatan kutipan hasil sebanyak 3% kepada RM72.1 bilion – dipacu oleh cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta cukai pendapatan individu – serta penurunan perbelanjaan sebanyak 2.5% kepada RM92.4 bilion, sejajar dengan pelaksanaan subsidi bersasar dan keberkesanan operasi kerajaan.
Pertumbuhan KDNK
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 4.4%, meningkat sedikit berbanding 4.2% pada Suku Pertama 2024. Pertumbuhan ini disumbangkan oleh aktiviti ekonomi yang stabil dari kedua-dua sisi permintaan dan penawaran.
Dari sudut permintaan, perbelanjaan swasta kekal kukuh – terutamanya dalam sektor pengangkutan, restoran & hotel serta makanan & minuman bukan alkohol. Di sisi penawaran pula, semua sektor mencatat peningkatan kecuali sektor Perlombongan & Pengkuarian.
Perkara | Penggunaan Swasta | Pelaburan Swasta | Penggunaan Awam | Pelaburan Awam |
S1 2025 | 5% | 9.2% | 4.3% | 11.6% |
S1 2024 | 4.7% | 9.2% | 7.3% | 11.5% |
Manakala, bagi supply-side, semua sektor ekonomi telah merekodkan peningkatan kecuali Perlombongan & Pengkuarian.
Sektor | Perkhidmatan | Pembuatan | Pertanian | Pembinaan | Perlombongan & Pengkuarian |
S1 2025 | 5% | 4.1% | 0.6% | 14.2% | – 2.7% |
S1 2024 | 4.8% | 2.1% | 1.9% | 11.9% | 4.3% |
Pertumbuhan besar sektor Pembinaan di sumbang oleh pertumbuhan subsektor Bangunan Kediaman (16.6%), dan subsektor Bangunan Bukan Kediaman (21.4%) yang di dorong oleh pembinaan pesat Pusat Data di Johor dan kilang di beberapa negeri.
Inflasi & Kadar Faedah Kekal Terkawal
Kadar inflasi Malaysia kekal rendah pada 1.5%, menurun dari 1.7% pada tempoh sama tahun lalu dan jauh lebih rendah berbanding 3.6% dua tahun sebelumnya. Trend ini memberi ruang kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3% bagi kali ke-12 berturut-turut sejak Mei 2023.
Kadar pengangguran juga dilihat menurun kepada 3.1%, menandakan penggunaan penuh tenaga kerja (full employment), dengan penciptaan lebih 140,000 pekerjaan baru.
Sektor perkhidmatan dan pembuatan, yang menyumbang lebih 80% tenaga kerja, mencatat peningkatan gaji sebanyak 4.1% dan 1.8% masing-masing – lebih tinggi daripada kadar inflasi semasa.
Subsidi Rasional, Bantuan Bersasar
Penjimatan fiskal membolehkan kerajaan memperluaskan program bantuan tunai bersasar. Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluas daripada 700,000 kepada 5.4 juta penerima, dengan peruntukan STR dan SARA mencecah RM13 bilion untuk 2025. Bantuan bulanan antara RM50 hingga RM200 diagihkan selama 9 hingga 12 bulan.
Langkah rasionalisasi subsidi seperti pengurangan dan pemansuhan subsidi telur ayam dijangka menjimatkan kerajaan berbilion ringgit – dengan perbelanjaan subsidi telur sebelum ini mencecah RM2.5 bilion dalam 35 bulan.
Dengan rasionalisasi subsidi telur ayam ini, Kerajaan Malaysia akan dapat menjimatkan berbilion Ringgit. Dalam tempoh masa 35 bulan (Februari 2022 – Disember 2024), perbelanjaaan subsidi telur ayam mencecah hampir RM 2.5 bilion, iaitu sekitar RM 70 juta sebulan.
Seterusnya, penjimatan besar ini boleh di salurkan kepada program-program untuk membina kesejahteraan hidup rakyat di seluruh negara.
Cabaran Global, Respons Proaktif
Walaupun ekonomi negara telah merekodkan pencapaian yang memberangsangkan, negara mesti bersedia mendepani cabaran ekonomi dan geo-politik global yang bergolak susulan ‘perang tarif’ yang di umumkan oleh Amerika Syarikat baru-baru ini.
Pada awal bulan April 2025, Amerika Syarikat telah mengenakan Kadar Tarif yang lebih tinggi ke atas import barangan dari negara-negara seluruh dunia.
Malaysia telah di kenakan Kadar Tarif Asas (10%) dan Kadar Tarif Timbal Balik/ Reciprocal Tariff (24%), yang di jangka akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Tatkala rundingan bersama Amerika Syarikat di jalankan bagi mencari penyelesaian win-win, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan impak negatif kepada negara.
Pada 5 Mei 2025, semasa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa inisiatif bagi melonjakkan penjanaan aktiviti ekonomi domestik menerusi pembiayaan perniagaan dan projek pembangunan .
Antaranya: peningkatan jaminan kerajaan sebanyak RM 1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP); penambahan Dana Pembiayaan Mudah sebanyak RM 500 juta; percepat pelaksanaan projek yang di luluskan terutamanya berkaitan tebatan banjir, pembinaan klinik, penambah-baikan sekolah daif.
Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengumumkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun/ Statutory Reserve Requirement (SRR) ke atas bank-bank di turunkan dari 2% kepada 1% bermula 16 Mei 2025.
Penurunan ini, yang di jangka akan menambah mudah tunai sebanyak RM 19 bilion ke dalam sistem perbankan negara, membolehkan bank-bank menjana pertumbuhan ekonomi negara menerusi pelaburan dan pembiayaan pinjaman.
Agenda Ekonomi MADANI untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara telah menghasilkan kejayaan awal. Usaha berterusan sedang di laksanakan ketika ekonomi negara mendepani cabaran besar yang memerlukan ketabahan dan kesabaran. Serta keberanian untuk mengambil keputusan yang sukar tetapi dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara untuk jangka masa panjang.