HomePolitikPRN17 : STAR hasrat tanding 15 kerusi

PRN17 : STAR hasrat tanding 15 kerusi

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyatakan hasrat untuk bertanding di 15 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Perkara itu disuarakan Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dalam satu sidang media di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, jumlah yang diintai parti itu dilihat realistik untuk ditandingi pada pilihan raya nanti.

“Saya? Secara peribadi, kalau boleh semua saya mahu tanding. Tapi tidak boleh, sebab dalam kumpulan kita perlu berbagi-bagi kerusi. 

“Tapi ya, secara umum, kita sasar sekitar 15 kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas beberapa parti yang telah menyatakan ‘angka’ kerusi yang disasarkan pada PRN ke-17 selain melihat ia adalah sebahagian daripada strategi politik biasa.

“Itu biasalah dalam politik.Kalau boleh, semua parti mahu bertanding 73 kerusi. Itu adat politik, masing-masing meluahkan hasrat. Tiada yang salah,” katanya.

Dalam pada itu, Jeffrey yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menegaskan bahawa hasrat STAR untuk bertanding tidak bercanggah dengan rakan sekutunya dalam GRS termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Kami sudah berbincang dengan PBS dan juga dalam komponen GRS. Apa-apa pun, kita kena selesaikan isu dalam gabungan dahulu sebelum berbincang dengan pihak luar,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa perbincangan dalaman antara parti-parti komponen masih berjalan dan akan dimuktamadkan sebelum tarikh pilihan raya diumumkan.

“Kami ada beberapa bulan lagi untuk berbincang dan selesaikan semuanya. Saya anggap ini latihan politik yang baik, bukan sahaja untuk STAR, tetapi untuk semua parti dalam GRS,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga lelaki dicekup, polis Penampang rampas 78,500ml air ketum

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular