HomeUtamaDua maut, pacuan empat roda terjunam 60 meter ke dalam gaung

Dua maut, pacuan empat roda terjunam 60 meter ke dalam gaung

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 60 meter di Kilometer 43 Jalan Tambunan-Penampang (Gunung Emas), malam tadi (28 Mei).

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa yang memandu kenderaan berusia 54 tahun dan seorang penumpang lelaki berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

Seorang lagi penumpang lelaki tempatan berusia 29 tahun pula mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, siasatan awal mendapati kenderaan jenis pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari arah Tambunan ke Penampang sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.

“Kedua-dua mangsa yang maut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika memandu dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau video berkaitan kejadian di media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular