HomeUtamaKisah ini dekat dengan saya - Elldiwirna Saimen

Kisah ini dekat dengan saya – Elldiwirna Saimen

Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Bintang baharu yang juga naib johan Unduk Ngadau Kaamatan 2024, Elldiwirna Saimen,26, mencuri perhatian ramai menerusi penampilannya sebagai watak utama dalam filem pendek sempena sambutan Pesta Kaamatan 2025 terbitan PETRONAS.

Menariknya, Elldiwirna yang melakonkan watak Elyna Jamis menerusi filem pendek itu juga mempunyai hubung kait dan sangat dekat dengan kisah hidupnya yang pernah meraih tempat kedua di peringkat Kebangsaan tahun lalu.

Elldiwirna Saimen

“Watak ini memang hampir sama dengan kisah sebenar saya. Tahun lalu saya juga menang tempat kedua Unduk Ngadau, jadi saya tahu perasaan kecewa itu, walaupun hakikatnya komuniti sangat bangga dengan pencapaian saya,” katanya.

Elldiwirna yang juga pelajar program Sarjana dalam bidang bioteknologi Fakulti Sains dan Sumber Alam Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyifatkannya pembabitannya dalam filem pendek bertajuk Tinorindak Olisi itu sebagai medium penting bagi mempromosikan budaya Sabah, terutama tradisi Unduk Ngadau yang penuh nilai dan warisan.

Elldiwirna yang melakonkan watak Elyna dana filem pendek PETRONAS bertajuk Tinorindak Olisi

“Iklan ini bukan saja tonjolkan keindahan pakaian tradisional dan budaya kita, tapi juga beri kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang maksud sebenar Unduk Ngadau, bukan hanya cantik, tapi berilmu dan berjiwa besar,” katanya.

Bekas Unduk Ngadau Kaamatan mewakili Kiulu itu berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran filem pendek PETRONAS yang disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan di sini baru-baru ini.

Katanya, Elyna merupakan seorang gadis yang banyak belajar menerima kekalahannya dengan sokongan masyarakat sekeliling.

Mengulas lanjut, Elldiwirna berkata, lakonannya menerusi filem pendek itu merupakan projek kedua selepas pembabitannya dalam drama RTM bertajuk Cinta Are U, yang belum ditayangkan.

Penamping Daphne Iking yang memegang watak sebagai ibu Elyna

Katanya, peluang bersama PETRONAS itu sangat besar dalam memperkenalkan bakatnya kepada khalayak lebih luas.

“Memang saya harap ini akan buka lebih banyak peluang dalam dunia seni. Ramai sudah mula tahu nama saya, dan saya akan terus berusaha,” katanya.

Apa yang lebih membanggakan, Elldiwirna berpeluang bergandingan dengan figura terkenal Sabah, Daphne Iking yang merupakan juara Unduk Ngadau tahun 2003 yang membawakan watak ibunya dalam filem itu.

“Saya sangat bersyukur dapat berlakon dengan Daphne Iking. Dia banyak bantu saya, kongsi pengalaman dan tunjuk ajar semasa penggambaran. Ia satu pengalaman yang sangat berharga,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan masa depan, Elldiwirna berkata, meskipun bidang akademiknya berbeza, dia tidak menolak kemungkinan untuk terus bergiat aktif dalam dunia seni.

“Saya memang bercita-cita mahu jadi pensyarah. Tapi saya juga minat bidang seni. Kalau diberi peluang dan rezeki, saya akan bahagikan masa untuk kedua-duanya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular