HomeUtamaMahkamah Benarkan Saman Pemula Tuntut Hutang Tertunggak RM 5 Juta Ke Atas...

Mahkamah Benarkan Saman Pemula Tuntut Hutang Tertunggak RM 5 Juta Ke Atas Ahli Perniagaan

Read Time:1 Minute, 15 Second

TAWAU: Mahkamah di sini telah membenarkan seorang ahli perniagaan mendapatkan Perintah Mahkamah menuntut penjualan saham milik Datuk Lo Fui Ming menerusi lelongan awam bagi menyelesaikan hutang tertunggak.

Pemberitahuan rasmi telah disampaikan kepada Lo melalui iklan dalam akhbar bertarikh 29 Mei 2025 dengan memberi tempoh 21 hari untuk beliau mengemukakan ‘affidavit in opposition’ di Mahkamah Tawau.

Sekiranya tiada tindakan diambil dalam tempoh yang ditetapkan, mahkamah akan membuat perintah selanjutnya mengikut undang-undang.

Terdahulu, Mahkamah telah mengeluarkan keputusan ringkas (summary judgment) pada 18 Ogos 2024 bahawa Lo berhutang kepada plaintif sebanyak RM5 juta, berserta dengan faedah sebanyak RM130,137 dan kos guaman sebanyak RM10,000.

Pada tahun ini, seorang ahli perniagaan, Tan Su Haw, telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Tawau untuk menuntut penjualan saham milik Lo bagi menyelesaikan hutang yang belum dilunaskan.

Menerusi saman itu, plaintif (Tan) menamakan Lo sebagai defendan pertama dan Southsea Gold Sdn Bhd sebagai defendan kedua.

Pihak plaintif menuntut Lo dan defendan kedua untuk Perintah bahawa, antara lain, 750,000 ‘ordinary shares’ (saham biasa)  dalam syarikat Southsea Gold Sdn Bhd atas nama Lo  (Charged Securities) dijual melalui lelongan awam untuk memenuhi (atau sebahagiannya memenuhi) hutang penghakiman tertunggak.

Dalam notis mahkamah yang disiarkan hari ini, Mahkamah telah mengarahkan penyampaian saman terhadap Datuk Lo dibuat melalui iklan, dan memberi tempoh 21 hari dari tarikh penerbitan kepada defendan untuk memfailkan afidavit bantahan, sekiranya ingin membela diri terhadap tindakan itu.

Sekiranya gagal berbuat demikian, perintah pelaksanaan boleh dikeluarkan tanpa kehadiran atau pembelaan lanjut daripada pihak defendan.

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular