HomeUtamaKaamatan lambang keharmonian, perpaduan rakyat Sabah

Kaamatan lambang keharmonian, perpaduan rakyat Sabah

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Rakyat di negeri ini diminta untuk sentiasa menghormati perbezaan bagi membina satu ikatan perpaduan yang lebih kuat.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ikatan perpaduan akan lebih kuat dan kukuh jika rakyat terus bersatu.

“Justeru, saya menyeru kepada rakyat untuk terus bersama kerajaan sebagai rakan kongsi untuk perkuatkan perpaduan dan mengekalkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kelancaran pembangunan negeri  yang tercinta ini.

“Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun pada bulan Mei bukan sahaja bertujuan mengeratkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama tetapi juga untuk menyatakan rasa kesyukuran atas hasil tuaian yang baik.

“Namun lebih daripada itu, Kaamatan adalah cerminan keharmonian dan semangat muhibbah dalam kalangan rakyat Sabah, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai kemanusiaan, saling menghormati dan kebersamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Sambutan Pesta Kaamatan 2025, di sini pada Khamis.

Bertemakan ‘Kaamatan Untuk Semua, Kaamatan For All, Kaamatan Montok Toinsanan’, beliau berkata tema ini membawa mesej yang sangat mendalam dan inklusif.

“Tema ini jelas menyatakan bahawa Pesta Kaamatan bukan hanya milik satu komuniti, tetapi satu perayaan bersama yang merangkumi semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

“Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada seluruh masyarakat yang meraikannya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular