HomeSukanTBBKK FC hantar dua pasukan sertai SIYFC 2025

TBBKK FC hantar dua pasukan sertai SIYFC 2025

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Kelab Bola Sepak TBBKK (TBBKK FC) menjadi wakil tunggal Sabah menyertai Kejohanan Bola Sepak Belia Antarabangsa Sarawak 2025 (SIYFC2025) yang akan berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching Sarawak.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini akam turut disertai oleh beberapa buah pasukan seluruh negara termasuk negara jiran Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif TBBKK FC, Mohamed Zaim Ansawi berkata, pihaknya akan menghantar dua pasukan bagi menyertai kejohanan itu bagi kategori bawah 10 tahun dan bawah 12 tahun.

“Penyertaan ini merupakan peluang keemasan untuk memberikan pendedahan kepada para pelatih muda TBBKK FC terhadap kejohanan bertaraf tinggi serta menimba pengalaman berharga di pentas kebangsaan.

Pasukan bawah 12 tahun TBBKK FC

“Harapan kami bukan sekadar untuk bersaing, tetapi untuk mara ke peringkat akhir dan muncul sebagai juara SIYFC 2025,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Kejohanan itu merupakan inisiatif Team360 dengan kerjasama FA Sarawak, NFDP, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dan SSC.

Pasukan bawah 12 tahun yang disertai seramai 15 pemain akan diketuai sendiri oleh Mohamed Zaim selain jurulatih Jul Fazizul Naim; Mohd Khairul Hanaffiah Ag Usli (Penolong Jurulatih); Mohd Azlee Mohd Noor (Pengurus) dan Saiyful@Mohd Adzas Safic Awang (Pembantu Pengurus).

Manakala bagi pasukan bawah 10 tahun yang turut disertai 13 pemain akan diketuai Dayang Samisah Malik; Razak Rayah (Jurulatih); Aattifurahman Takhiyaddin (Penolong Jurulatih); Ahmad Saprawan Roslee (Pengurus) dan Roneld Jim (Penolong Pengurus). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Barisan Jawatankuasa Baharu dilantik untuk Kelab Penyokong Rasmi MU Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular