HomeUtamaPerdana Menteri adakan lawatan kerja sehari ke Sabah esok

Perdana Menteri adakan lawatan kerja sehari ke Sabah esok

Read Time:39 Second

Kota Kinabalu: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah esok.

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu kira-kira jam 11.20 malam ini menggunakan pesawat khas dari ibu negara.

Esok Perdana Menteri dijadual akan merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Penampang.

Sejurus selepas itu, Perdana Menteri akan merasmikan projek ESTEEL Enterprise Sabah Sdn Bhd Fasa 1 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor turut dijadual hadir pada kedua-dua program berkenaan.

Selain menghadiri dua acara rasmi itu, Perdana Menteri turut dijadualkan akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Hikmah sebelum berlepas pulang ke ibu negara kira-kira jam 1.45 petang esok.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular