HomeUtamaKerajaan sedia tambah peruntukan atasi isu bekalan air UMS

Kerajaan sedia tambah peruntukan atasi isu bekalan air UMS

Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Penampang: Peruntukan tambahan sedia disalurkan bagi mengatasi isu bekalan air yang kembali menjejaskan warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak beberapa bulan lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak berdiam diri terhadap isu itu dan sebaliknya berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikannya.

“Tadi saya bincang dengan Ketua Menteri sebab dia katakan air di UMS. Saya sampai dulu, dua tahun lebih dulu bagi RM3 juta immediate, selesai sekejap, dia bocor lagi. 

“Kemudian anak-anak, mahasiswa anak kita rasa gelisah. Negeri, cari semua maklumat penyelesaiannya. Di luar semua baik ada air, dalam kadang tersangkut air. 

“Jadi kita maknanya kita dengar cuba selesaikan dengan sebaik mungkin dan saya beritahu kepada Ketua Menteri kalau dikatakan perlu tambahan peruntukan saya bagi, kerana ini anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan KDCA di sini pada Jumaat.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Anwar berkata, perkara itu dapat dilaksanakan dengan adanya kerjasama dan muafakat di antara kerajaan negeri dan persekutuan.

“Jadi saudara-saudara, saya nak tekankan di sini, betapa perlu bila kita berpakat, muafakat, kerjasama kita boleh angkat martabat negara kita. 

“Apakah semuanya sempurna? Belum. Bagilah berapa bilion ringgit pun baiki jalan, masih ada satu dua tempat yang masih lubang-lubang. Jadi kita harus terus prihatin, dengar dan cuba selesaikan,” katanya.

Beliau menekankan, soal besar boleh dibicarakan tetapi kerajaan juga mesti menyelesaikan soal-soal rakyat yang di bawah. 

“Umpamanya, di antara isu dibangkitkan selain daripada jalan ialah beberapa kampung, desa pedalaman yang gelap gelita waktu malam. 

“Ya, kita fikir kalau bagi lampu besar-besar, mahal-mahal, tak upaya negara. Dia kena ada rencana 5 tahun, 10 tahun. Tapi saya nak segera, segerakan, maka cari,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular