HomeUtamaTiada masalah untuk beri keutamaan kepada Sabah - PM Anwar

Tiada masalah untuk beri keutamaan kepada Sabah – PM Anwar

Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Penampang : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai masalah untuk memberikan keutamaan kepada Sabah termasuk dalam isu hasil minyak dan gas seperti mana yang telah dipersetujui bersama kerajaan Sarawak. 

Namun, beliau mengingatkan bahawa keutamaan kerajaan perlu merangkumi semua negeri, termasuk Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

“Saya nak rakan-rakan di Sabah juga faham, kita ada keterbatasan. Bukan semua soal Sabah sahaja.  Saya tidak ada masalah. Mengapa beri kepada Sarawak dan belum lagi kepada Sabah, kita runding. 

“Saya tidak ada masalah sama sekali untuk memberi laluan hasil dan keutamaan hasil seperti mana berlaku di Sarawak untuk negeri Sabah, termasuk minyak dan gas. Menang kerana rundingan ini, bukan menang kerana jeritan maki hamun kita. 

“Menang jerit di luar, tidak menang untuk membela nasib rakyat. Saya cadangkan biar menang dengan Kerajaan Negeri dan bekerjasama dengan Persekutuan supaya hasilnya sampai kepada ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini pada Jumaat.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau turut menyentuh mengenai kejayaan rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang melibatkan Petronas dan Petros, dan menyifatkan penyelesaian itu sebagai harmoni dan menjaga kepentingan nasional serta negeri.

Katanya turut menyeru kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan demi kebaikan rakyat.

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan terhadap KDCA dan memberi jaminan kepada persatuan itu bahawa kerajaan akan terus memberi sokongan kepada inisiatif kebudayaan di Sabah.

“Saya bangga sebagai anak Malaysia yang ada di Sabah dan melihat keharmonian yang ada di Sabah. Saya hormat kejayaan saudara-saudara,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua cedera melecur dalam kebakaran lori bawa tong gas di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular