HomeUtamaLebih 25,000 meriahkan penutupan Pesta Kaamatan Sabah 2025

Lebih 25,000 meriahkan penutupan Pesta Kaamatan Sabah 2025

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Penampang : Lebih 25,000 masyarakat pelbagai kaum di seluruh Sabah hadir memeriahkan majlis penutupan sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan di sini pagi tadi.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri Datin Seri Juliah Salag.

Turut hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dan Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

Pada majlis itu Tun Musa dan Hajiji serta barisan kenamaan turut melakukan upacara mongomot atau menuai padi dan seterusnya memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik pengisytiharan penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2025.

Selain upacara mengomot, turut diadakan upacara magavau oleh Pertubuhan Bobolian Negeri Sabah; persembahan koir; persembahan tarian tradisi; persembahan juara Sugandoi dan beberapa persembahan lain.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di KDCA.

Terdahulu, Pairin ketika berucap menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan pesta Kaamatan pada kali ini yang membawa tema “Kaamatan Untuk Semua”.

Katanya, sambutan ini bukan sahaja membawa kesatuan perpaduan dalam kalangan masyarakat Sabah, tetapi turut mampu membawa negeri ke peringkat lebih tinggi khususnya dalam sektor pelancongan.

Tun Musa turut melawat rumah-rumah tradisi pelbagai etnik di Kampung Kebudyaan Koisaan (KCV) – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular