HomeUtamaKabinet setuju laksana pindaan ke atas PPKB (Pindaan) 2021

Kabinet setuju laksana pindaan ke atas PPKB (Pindaan) 2021

Read Time:1 Minute, 0 Second

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju dengan syor Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan) 2021 yang telah berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021.

Peraturan yang diluluskan pentadbiran kerajaan terdahulu itu menetapkan sekatan terhadap pemilikan dan penggunaan Gas Petroleum Cecair (LPG) melebihi 42 kilogram pada satu-satu masa oleh peniaga, yang memerlukan Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB).

Pindaan terbaharu akan mengambil kira keperluan peniaga makanan dan minuman berskala mikro dan kecil secara bersasar, serta mewujudkan kejelasan undang-undang bagi memastikan keberkesanan pematuhan dan penguatkuasaan.

Menurut Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, semakan dan pindaan PPKB akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN dengan penglibatan kementerian dan agensi berkaitan, selain mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Mesyuarat turut memperakukan bahawa sepanjang pelaksanaan OPS GASAK dan sehingga pindaan dimuktamadkan, tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap peniaga mikro dan kecil makanan serta minuman yang menggunakan silinder LPG bersubsidi di premis mereka.

Peniaga dalam kategori ini juga dibenarkan mendapatkan bekalan LPG bersubsidi tanpa memerlukan PBKB.

Dalam masa yang sama, usaha membanteras ketirisan membabitkan aktiviti haram seperti decanting dan penyalahgunaan oleh industri melalui OPS GASAK akan diteruskan.

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular