HomeUtamaLebih 500 terima sumbangan di DUN Darau

Lebih 500 terima sumbangan di DUN Darau

Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Lebih 500 penerima terdiri daripada golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah menerima sumbangan menerusi Majlis Tautan Kasih Madani Masyarakat Asnaf DUN Darau yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Warisan, Darau hari ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Kamil Munim telah menyampaikan sumbangan berkenaan.
Selain penyampaian sumbangan, Kamil dan pasukannya turut menziarahi sepuluh buah rumah daif yang dikenal pasti memerlukan perhatian segera.

“Kita turun hari ini untuk melihat sendiri keadaan masyarakat di Darau, khususnya keluarga yang memerlukan bantuan segera. Selain itu, ada juga anak mereka yang mendapat keputusan cemerlang, namun tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan,” kata Kamil dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan.

Menurut beliau, hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Tinggi, Kerajaan Negeri dan institusi pengajian tinggi, pelajar berpotensi ini berjaya dibantu untuk melanjutkan pengajian.

“Sumbangan dan usaha yang kita laksanakan ini diharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang sebelum ini tidak nampak peluang untuk anak-anak mereka menyambung pelajaran,” tambah beliau.

Kamil turut menyentuh siri bantuan yang diberikan di kawasan Moyog baru-baru ini, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk menyantuni rakyat, selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar pemimpin dan pegawai kerajaan lebih kerap turun padang menyelami keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

“Seperti yang disarankan, kita mesti hadir bersama rakyat, dengar sendiri rintihan dan bantu cari penyelesaian. Di Moyog, kita turut menyalurkan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, dan pendekatan ini akan kita teruskan di lokasi-lokasi lain,” katanya.

Program tersebut turut memberi ruang kepada masyarakat setempat menyuarakan pandangan dan keperluan mereka secara langsung kepada pihak berwajib, selaras dengan pendekatan Kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dan keadilan sosial.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, dan timbalannya, Datuk Peto Galim.

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular