HomeUtamaKetua Menteri serah sumbangan 200 ekor lembu korban

Ketua Menteri serah sumbangan 200 ekor lembu korban

Read Time:37 Second

Tuaran: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor  menyempurnakan penyerahan sumbangan sebanyak 200 ekor lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah Sabah, Kampung Lok Batik di sini pada Khamis.

Para penerima agihan sumbangan lembu korban terdiri daripada wakil masjid dan surau kawasan parlimen Tuaran, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi negeri dan daerah.

Ketika ditemui selepas majlis penyerahan, Hajiji berkata ibadah korban bukan sahaja melambangkan ketaatan kepada Allah SWT, juga menjadi medium pengukuhan perpaduan dan semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat.

“Ibadah korban membawa mesej besar dalam memperkukuh semangat kesatuan dan saling membantu dalam kalangan masyarakat Islam. 

“Hari Raya Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi satu penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian”, katanya. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular