HomeUtamaSaya tanggung semua kos pembersihan tapak - ADUN Klias

Saya tanggung semua kos pembersihan tapak – ADUN Klias

Read Time:1 Minute, 21 Second

Beaufort : Penduduk Kampung Jimpangah yang sebelum ini diarah untuk keluar dari kediaman masing-masing kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan meluluskan tanah seluas lapan ekar sebagai penempatan baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh berkata, tanah yang terletak di Batu 60 di sini dijangka mampu menampung lebih seratus buah rumah secara tersusun.

Katanya, tanah itu akan diwartakan sebagai kawasan perkampungan selepas diluluskan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Pewartaan itu merupakan hasil permohonan terdahulu yang bertujuan menyelesaikan pelbagai isu, termasuk berkaitan penduduk yang tidak memiliki penempatan tetap, terutamanya di kawasan Jimpangah.

“Ini bukan untuk Jimpangah semata-mata, tetapi untuk semua penduduk yang benar-benar menghadapi kesulitan, terutama mereka yang setinggan. Kita mahu bantu mereka miliki tapak rumah yang sah.

“Keluasan tanah ini cuma lebih kurang lapan ekar sahaja dan keadaan tanah bukan tanah rata, justeru kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan sebelum lot tanah dapat dibahagikan secara teratur kepada mereka yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak berkenaan di sini pada Khamis.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Sr Bernard Liew Chau Min.

Isnin yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, selepas kerja-kerja pembersihan dilaksanakan, lot-lot penempatan seluar 60×60 akan dilaksanakan khusus kepada penduduk terlibat.

Katanya, kerja-kerja pembersihan dijangka akan bermula dalam masa terdekat, malah beliau bersedia menanggung keseluruhan kos kerja-kerja tersebut yang mencecah puluhan ribu ringgit.

“Kalau ada jentera, hari ini (semalam) juga saya arahkan kerja pembersihan bermula. Saya tanggung semua kos, bukan RM1,000–2,000, ini melibatkan puluhan ribu ringgit,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular