HomeUtamaLelaki dipenjara 6 tahun, denda cederakan anak guna kayu

Lelaki dipenjara 6 tahun, denda cederakan anak guna kayu

Read Time:57 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki penganggur dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM2,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda, selepas mengaku bersalah mencederakan anak lelakinya menggunakan sebatang kayu.

Shahmar Aseci, 43, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Dia didakwa mencederakan anak lelakinya yang berusia 16 tahun dengan memukul mangsa menggunakan kayu pada jam 11.30 pagi, 2 Jun lalu di sebuah rumah di Kampung Baitam Laut, Membakut.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan.
Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, mangsa berada di dapur sebelum Shahmar datang dari arah belakang dan memukul bahu kiri, kepala dan kaki kanan mangsa menggunakan kayu.

Ibu mangsa cuba menghalang perbuatan Shahmar, namun lelaki itu tiba-tiba mengambil sebilah parang dan mengugut anaknya dengan senjata tersebut.

Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan polis, dan Shahmar ditangkap pada hari yang sama.

Dalam rayuannya, Shahmar yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Afiqah Alya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran bukan sahaja kepada Shahmar, tetapi juga kepada orang awam agar tidak melakukan kesalahan sebegitu.

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular