HomeUtamaLelaki dipenjara 9 tahun, 2 sebat amang seksual anak perempuan

Lelaki dipenjara 9 tahun, 2 sebat amang seksual anak perempuan

Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 51 tahun dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dengan dua sebatan kerana melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya, tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman itu kepada lelaki itu yang mengekalkan pengakuan bersalahnya apabila kesnya disebut semula untuk fakta kes dan hukuman.

Lelaki itu dipenjara tujuh tahun dan dua sebatan kerana melakukan kesalahan terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun pada jam 7 malam, 16 Disember 2024 di sebuah rumah di sebuah kampung dalam daerah Menumbok, Beaufort.

Dia didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Disebabkan hubungan dengan gadis itu, lelaki itu turut dipenjara dua tahun lagi sebagai hukuman tambahan mengikut Seksyen 16(1) SOACA yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat sekurang-kurangnya dua sebatan.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan dikenakan terhadapnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Afiqah Alya menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran memandangkan kes itu merupakan kesalahan serius dan semakin kerap berlaku.

Terdahulu, mahkamah dimaklumkan bahawa kejadian berlaku ketika mangsa sedang mandi. Tertuduh tiba-tiba masuk ke dalam tandas rumah dan melakukan perbuatan tersebut.

Mangsa melawan, dan tertuduh berhenti serta beredar selepas terdengar bunyi motosikal anak lelakinya, iaitu abang mangsa, di luar rumah.

Mangsa yang ketakutan telah melarikan diri ke rumah ibu saudaranya di Kuala Penyu pada keesokan harinya. Namun, sekitar jam 8 malam pada hari yang sama, tertuduh telah mengambil semula mangsa dan membawanya ke Balai Polis Kuala Penyu untuk memaklumkan kepada pihak polis bahawa mangsa telah dijumpai.

Sebelum tiba di balai polis, tertuduh telah mengarahkan mangsa supaya tidak mendedahkan perkara sebenar tentang sebab dia melarikan diri dari rumah dan meminta mangsa memberitahu bahawa dia pergi ke rumah ibunya.

Tertuduh juga mengugut bahawa sekiranya mangsa ‘banyak cerita’, dia akan dipenjarakan.

Pada 21 Mei 2025, tertuduh juga telah memukul mangsa kerana enggan membasuh pakaian, dan kejadian itu disaksikan oleh abang mangsa.

Mangsa kemudian memaklumkan kepada ibu angkatnya mengenai kejadian yang dialaminya, dan ibu angkat tersebut telah membawanya ke Balai Polis Menumbok untuk membuat laporan polis.

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular