HomeIsu tempatanChristina Liew sumbang lima ekor lembu korban sempena Aidiladha

Christina Liew sumbang lima ekor lembu korban sempena Aidiladha

Read Time:36 Second

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Seri Christina Liew menyumbangkan lima ekor lembu korban kepada komuniti Muslim sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sini pada Sabtu lalu.

Christina turut mengagihkan daging korban kepada penduduk kampung di Kampung Sabang Baru Numbak, Indah Permai, Penempatan Kinarut, Sembulan dan Sinsuran.

Beliau berkata, sumbangan itu bertujuan membantu keluarga Muslim menyambut perayaan keagamaan dan meneruskan tradisi ibadah Korban yang melibatkan penyembelihan lembu sebagai makanan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam,” katanya.

Hadir mengiringi beliau Setiausaha Politiknya, Vivien Lee Mee Peng; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Api-Api, Theresa Chong Mui Lan; dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Api-Api, Yoong Yik Tin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Latihan kebakaran perkasa kesedaran keselamatan pelajar UMS Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular