HomeUtamaLebih 2,000 pelajar terima manfaat menerusi inisiatif CSR pendidikan SMJ Energy di...

Lebih 2,000 pelajar terima manfaat menerusi inisiatif CSR pendidikan SMJ Energy di Pitas

Read Time:1 Minute, 11 Second

Pitas: Seramai lebih 2,000 pelajar dari tujuh buah sekolah di daerah Pitas kini menerima bantuan secara langsung untuk keperluan persekolahan harian mereka menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) baharu oleh SMJ Energy Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan MyKasih.

Inisiatif itu dilancarkan Menteri Kewangan Sabah merangkap Pengerusi SMJ Energy, Datuk Seri Masidi Manjun, dalam satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanibungan, sini, pada Selasa.

Masidi ketika berucap berkata, program itu mencerminkan komitmen SMJ Energy dalam memastikan manfaat hasil industri minyak dan gas Sabah disalurkan semula kepada rakyat, khususnya anak-anak yang merupakan masa depan negeri ini.

“Jika sedikit bantuan ini mampu mengubah haluan hidup seorang pelajar, maka ia merupakan satu pelaburan yang sangat besar nilainya,” katanya.

Menurutnya, program ini melibatkan tiga buah sekolah menengah dan empat buah sekolah rendah di Pitas, dan menyediakan bantuan tunai tanpa sentuh bagi pembelian makanan dan alat tulis di kantin serta koperasi sekolah. 

Tambahnya lagi, kaedah ini memastikan ketelusan dan bantuan disalurkan terus kepada pelajar.

Beliau turut menekankan bahawa Pitas adalah antara daerah yang menghadapi cabaran sosioekonomi paling besar di Sabah, dan setiap anak harus diberi peluang yang sama tanpa mengira latar belakang.

Yayasan MyKasih pula memainkan peranan penting dalam pelaksanaan program ini, termasuk memantau dan menyediakan laporan impak berkala.

“Inisiatif ini melengkapi usaha berterusan pihak sekolah, pegawai pendidikan, dan pertubuhan tempatan di Pitas.

“Kami sedar bahawa memajukan pendidikan luar bandar memerlukan kerjasama pelbagai pihak,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga lelaki dicekup, polis Penampang rampas 78,500ml air ketum

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular