HomeUtamaProgram Tuisyen Anak Madani Sepanggar ditambah baik, bantu pelajar B40

Program Tuisyen Anak Madani Sepanggar ditambah baik, bantu pelajar B40

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Program Tuisyen Anak Madani yang dilaksanakan Pejabat Parlimen Sepanggar akan ditambah baik agar program itu sampai kepada golongan sasar.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud berkata, ini termasuklah menyediakan ruang lebih besar dan selesa bagi menampung para pelajar yang mengikuti program berkenaan.

Katanya, program yang memasuki tahun kedua itu mencatat jumlah pelajar seramai 120 orang dari kawasan Parlimen Sepanggar.

“Justeru, kita terpaksa sediakan ruang yang lebih besar untuk menampung pelajar dan ini juga kita akan cuba besarkan lagi. Berdasarkan statistik, yang hanya mendapat manfaat hanya mereka yang berada sekitar Pejabat Parlimen Sepanggar sahaja.

“Jadi kita mahu supaya anak-anak kita, pelajar yang jauh, sukar untuk datang ke Pejabat Parlimen, mungkin kita akan ada Pusat Satelit untuk menempatkan mereka ini.

“Mungkin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, satu DUN Karambunai dan juga DUN Darau Iaitu di Pejabat Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Madani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Parlimen Sepanggar di sini pada Isnin.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, cadangan itu adalah bagi membolehkan lebih ramai pelajar dari golongan B40 dapat menerima manfaat menerusi program ini.

Beliau turut memohon agar syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) sekitar Parlimen Sepanggar untuk sama-sama menyumbang kepada pelaksaan program berkenaan agar lebih banyak golongan B40 dapat dibantu.

Terdahulu, pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Madani SPM 2024 Parlimen Sepanggar itu, seramai 385 pelajar menerima anugerah berkenaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga lelaki dicekup, polis Penampang rampas 78,500ml air ketum

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular