HomeUtamaPembaikan cerun SK Pekan Tenghilan hampir siap

Pembaikan cerun SK Pekan Tenghilan hampir siap

Read Time:1 Minute, 54 Second

Tuaran : Projek pembaikan cerun dan kerja-kerja berkaitan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tenghilan, di sini dijangka siap pada 4 Julai depan dengan pencapaian fizikal sebanyak 85 peratus sehingga kini. 

Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan memaklumkan, projek itu merupakan langkah segera susulan runtuhan cerun yang berlaku pada tahun 2022 akibat hujan lebat berterusan serta hakisan tebing sungai yang semakin serius.

Menurut KKR, insiden runtuhan itu dikenal pasti berpunca daripada kenaikan paras air sungai dan aliran air yang deras, yang bukan sahaja menyebabkan hakisan teruk pada tebing, malah turut menimbulkan risiko besar terhadap keselamatan murid-murid dan seluruh warga sekolah jika tidak ditangani dengan segera.

“Projek bernilai RM1.450 juta iji adalah milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan  telah dilaksanakan secara Konvesional Dalaman dan tender terbuka. Ianya telah dimulakan pada 9 Februari 2024 dan dijangka siap pada 4 Julai 2025 dengan pencapaian fizikal 85 peratus sehingga kini. 

“Kontraktor yang terpilih adalah Pemborong Binsilon Sdn. Bhd dan diuruskan oleh  Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) selaku Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT) dan diselia oleh Pasukan Projek Khas 2 selaku Pegawai Penguasa,” menurut kenyataan itu di sini pada Selasa.

Antara kerja-kerja di tapak termasuklah pembinaan konkrit capping beam, tiang pagar anti-climb, stone pitching di cascade drain dan kerja-kerja konkrit  (RC Slab). 

Selain itu, baki kerja di tapak pula meliputi tambakan rock fill, pembinaan longkang dan cascade drain, pembinaan sump, pemasangan pagar keselamatan anti-climb, pembaikan talang dan pancuran air hujan pada bangunan sedia ada,

Terdahulu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan hadir meninjau kemajuan projek berkenaan bersama pegawai dari KKR serta Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan Sabah.

Berdasarkan tinjauan,  projek kini berjalan mengikut jadual dan tiada isu kritikal yang dilaporkan. 

Pihak KKR dan KPM menyeru agar Pegawai Penguasa dan Kumpulan Projek dari JKR terus memantau rapi pengurusan dan pelaksanaan projek ini serta memandu kontraktor bagi memastikan projek ini disiapkan mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan. 

“Usaha ini sejajar dengan tiga dari enam teras utama Malaysia MADANI iaitu kesejahteraan, ihsan dan kemampanan yang memfokuskan kepada peningkatan kualiti ekosistem pendidikan yang menyokong kepada kecemerlangan dan keselamatan murid dan seluruh warga sekolah,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO KKR

RELATED ARTICLES
Utama

Tanggungjawab, Akauntabiliti dan Kebebasan Media Perlu Seiring – Majlis Media Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular