HomeUtama66 peniaga kecil tepi jalan berlesen terima bantuan 'one-off' Kerajaan Negeri

66 peniaga kecil tepi jalan berlesen terima bantuan ‘one-off’ Kerajaan Negeri

Read Time:1 Minute, 9 Second

Sipitang: Seramai 66 peniaga gerai kecil tepi jalan yang berlesen di daerah ini menerima bantuan sekali bayar dari Kerajaan Negeri, hari ini.

Majlis penyerahan bantuan itu disampaikan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob kepada penerima yang layak di Dewan Serbaguna Pekan Sipitang di sini pada Khamis.

Berucap pada majlis itu, Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumih berkata, bantuan berjumlah RM5,000 kepada peniaga gerai kecil tepi jalan yang berlesen di seluruh Sabah telah diumumkan dalam Bajet Negeri Sabah 2025.

Katanya, ia bertujuan untuk membantu peniaga kecil yang menjadi tulang belakang ekonomi tempatan. 

“Ini merupakan beberapa inisiatif dan program dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-PH Plus untuk membantu dan meringankan beban rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis yang turut dihadiri Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia yang juga Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Jeefri Yusof dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Sipitang Hamsad Abdul Wahid 

Yusof berkata, beberapa inisiatif dan program telah dilaksanakan untuk menjaga kebajikan rakyat antaranya Sentuhan Kasih Rakyat (SUKUR), Skim Insuran Rakyat Sabah dan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Ini menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan negeri GRS-PH Plus gagal, sebalik usaha berterusan dilaksanakan menjaga kebajikan dan meringankan beban rakyat,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif dan bantuan ini untuk semua rakyat Sabah samada berada di bandar atau luar bandar. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular